Thursday, 13 October 2011



BAKIT KL telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali Ke 12 bagi memilih JawatanKuasa Baru Sesi 2011 – 2013. Mesyuarat Agong telah dirasmikan olih Timbalan Yang DiPertuan BAKIT Pusat, Yang Berbahagia Tuan Haji Gazali Harun. Dalam perutusannya, beliau meminta agar AJK memikirkan kaedah atau cara berkesan untuk menambahkan keahlian BAKIT agar dengan keahlian yang bertambah, banyak aktiviti-aktiviti BAKIT bolih dijalankan disamping pelbagai idea cadangan yang bolih membawa kebaikan bukan sahaja kepada Ahli BAKIT, Warga TM dan juga masyarakat luar. Beliau juga menyarankan agar AhliJawatankuasa memikirkan bagaimana penyertaan dan kehadiran ahli dapat dipertingkatkan semasa Mesyuarat Agong ataupun semasa aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

Mesyuarat Agong dapat berjalan dengan lancar walaupun kehadiran kurang memuaskan. Majlis RamahMesra Ahli-Ahli BAKIT KL bertambah meriah dengan kehadiran  bekas anggota TM yang diketuai olih Mantan YDP BAKIT KL, Tn. Hj Abu Hassan yang berjaya menubuhkan Persatuan Bekas Anggota TM. 


                    

          

No comments:

Post a Comment