Thursday, 13 October 2011

UNDANG-UNDANG B.A.K.I.T - KL

UNDANG - UNDANG BADAN KEBAJIKAN ISLAM TM
                                                                     KUALA LUMPUR
( BAKIT KL )



1.      Nama, Alamat dan Tempat Urusan 

1.1.   Pertubuhan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Islam TM ( BAKIT KL)

1.2.   Tempat urusan ialah :

BAKIT KL
D/A CTW TKT 16 TM ANNEXE 1
JALAN PANTAI BARU
59200 KUALA LUMPUR


1.3.   atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa kesemasa oleh Jawatankuasa Pertubuhan. 

1.4.   Tempat urusan pertubuhan tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2.      Tujuan

2.1.   Menjaga kepentingan anggota Islam di TM Kawasan Tengah (Kuala Lumpur)

2.2.   Meningkatkan pengetahuan dan kebajikan ummah di kalangan anggota-anggota dalam TM.

2.3.   Mengeratkan hubungan silatur-rahim antara anggota-anggota dalam TM.

     2.4.   Menjalankan sebarang kegiatan kebajikan di kalangan ahli-ahli yang tidak bertentang dengan hokum
             syarak. 

2.5.   Memelihara hubungan berbaik-baik dengan semua anggota TM.

2.6.   Memperbaiki imej korporat TM.


3.      Keahlian

3.1.   Keahlian adalah terbuka kepada semua anggota TMad di Kawasan Tengah ( Kuala Lumpur  ) yang beragama Islam. 

3.2.   Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha untuk dipertimbangkan oleh Ahli Jawatankuasa.


4.      Yuran dan Bayaran Lain 

4.1.   Yuran Tahunan ialah RM 12.00. 

4.2.   Yuran-yuran tahunan akan dipotong secara potongan gaji pada tiap-tiap bulan seperti yang dipersetujui oleh ahli.

4.3.   Jawatankuasa Pertubuhan mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan yuran.

4.4.   Derma khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa terlebih dahulu. 

 5.      Penamatan Keanggotaan

5.1.   Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan yang bertulis kepada Setiausaha.


6.      Pemecatan 

6.1.   Ahli akan dipecat dari Pertubuhan jika ;


7.      Tidak patuh dan melanggar undang-undang pertubuhan. 

8.      Merosakkan nama baik Pertubuhan ini atau TM kerana kesalahan di segi hukum-hukum syarak. 

8.1.   Ahli-ahli yang hendak dipecat akan diberi notis bertulis untuk memberikan sebab-sebab kenapa ia tidak patut dipecat. Jawapan bertulis untuk membela diri hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengeluaran notis. Jika Ahli Jawatankuasa tidak berpuas hati di atas sebab itu maka Jawatankuasa berhak memanggil ahli yang berkenaan mengemukakan hujah-hujahnya secara lisan untuk petimbangan semula Ahli Jawatankuasa. Walau bagaimana pun ahli-ahli yang dipecat itu boleh merayu kepada Mesyuarat Agong yang mana keputusannya adalah muktamad. 


9.         Mesyuarat Agung Tahunan 

9.1.   Mesyuarat Agung bolih dihadiri  oleh semua ahli-ahli. 

9.2.   Korum untuk mesyuarat agung dianggap cukup jika ahli-ahli yang hadir adalah berjumlah tidak kurang daripada satu perdua dari jumlah ahli-ahli pertubuhan atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa. 

9.3.   Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk bermesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh ( tidak lebih daripada 30 hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat bagi hari itu tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.



9.4.   Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan pada tarikh masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ( SEBELUM BULAN JUN ). Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :- 

10.  Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Pertubuhan di dalam tahun yang lalu. 

11.  Menerima laporan Bendahari dan penyata wang yang telah diodit bagi tahun yang lalu. 

12.  Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan memeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang. 

13.  Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 

13.1.                    Pengumuman awal kerana Mesyuarat Agung Tahunan yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat dan panggilan untuk memberi cadangan-cadangan yang hendak dibincangkan, cadangan-cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan-pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha kepada ahli-ahli tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan Pertubuhan yang telah didaftarkan. 

13.2.                    Mesyuarat Agung Luarbiasa


14.  8.1       Mesyuarat Agung Luarbiasa bagi pertubuhan ini boleh diadakan :-          


15.  Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau 

16.  Atas permintaan dengan bertulis oleh tidak kurang daripada ½ jumlah ahli-ahli dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. 

16.1.                    Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diminta oleh  ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaa mesyuarat itu. 

16.2.                    Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat Agung Luarbiasa itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan bermesyuarat. 

16.3.                    Fasal ( 7.2 ) dan ( 7.3 ) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agong Luarbiasa tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa itu atas permintaan ahli-ahli pertubuhan mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Luarbiasa yang dipohonkan dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 

16.4.                    Setiausaha hendaklah menyediakan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan atau  Mesyuarat Agung Luarbiasa dengan seberapa segera setelah selesai mesyuarat itu.



17.         Jawatankuasa


17.1.             Pegawai-pegawai Pertubuhan terdiri seperti berikut :-


18.  Pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan : 

18.1.1.  Seorang Yang DiPertua 

18.1.2.  Seorang Timbalan Yang DiPertua 

18.1.3.  2 Orang Naib Yang DiPertua 

18.1.4.  5 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa 

19.  Jawatankuasa dalam Mesyuarat Pertamanya hendaklah melantik Pegawai Pertubuhan seperti berikut :- 

19.1.1.  Seorang Setiausaha 
            19.1.2.  Seorang Penolong Setiausaha
19.1.3.  Seorang Bendahari
19.1.4.  Seorang Penolong Bendahari. 

20.  Pemegang-Pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran dalam pertubuhan ini hendaklah Warganegara Malaysia yang beragama Islam. 

20.1.        Nama-nama untuk jawatan-jawatan 9.1 ( a ) di atas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan hendaklah dijalankan dengan cara mengundi oleh Ahli-Ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 

20.2.        Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatan di dalam tahun lalu kepada tia-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 

20.3.        Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan dan 7 hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa. Yang DiPertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 

20.4.        Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha mendapatkan kelulusan dengan surat pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima. 

21.  Masaalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa. 

22.  Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli jawatnkuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan  

23.  Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatatkan di dalam minit mesyuarat. 

23.1.        Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri meyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah dan memuaskan akan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa dan terlucutlah keahliannya dalam Jawatankuasa. 

23.2.                    Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu bolehlah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik lain-lain ahli Pertubuhan memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 

23.3.        Jawatankuasa Tempatan boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan lain-lain Pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh melantik Pengurus-Pengurus dan anggota-anggota yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang Pengurus atau anggota kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. 

23.4.        Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya ke atas perlembagaan ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam perlembagaan ini. 

23.5.        Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung.


24.  10.       Kewajipan-Kewajipan Pegawai

24.1.        Yang DiPertua dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Tempatan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Bendahari. 

24.2.        Timbalan Yang DiPertua hendaklah memangku jawatan yang DiPertua semasa ketidaannya. 

24.3.        Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan keputusan-keputusan Mesyuarat Mesyuarat dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku,surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat. 

24.4.        Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 

24.5.        Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang DiPertua atau Timbalan Yang DiPertua. 

24.6.        Ahli Jawatankuasa Biasa yang lain hendaklah mematuhi tugas dan arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa jika ada.


25.  11.       Kewangan

25.1.        Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi perlembagaan ini, iaitu wang Pertubuhan ini bolehlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dan termasuklah belanja pentadbiran. Walau bagaimana pun wang Pertubuhan tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah. 

25.2.        Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM 1000.00 pada sesuatu masa kecuali pada ketika kemudahan bank tidak diperolehi. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank, yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dengan segera. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan. 

25.3.        Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang DiPertua ( atas ketiadaannya oleh Timbalan Yang DiPertua ) dan Bendahari. Sekiranya ketiadaan Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menurunkan tandatangan. 

25.4.        Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Jawatankuasa  terlebih dahulu. Perbelanjaan kurang dari RM 1000.00 boleh dilakukan oleh Yang DiPertua bersama Bendahari atau Setiausaha. 

25.5.        Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta penyata kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Juruodit mengikut peraturan ( 12 ) perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya, dan salinan-salinannya hendaklah diperolehi untuk makluman ahli-ahli dari alamat Pertubuhan yang berdaftar.


26.  12.       Pemeriksa Kira-Kira

26.1.        Dua orang Pemeriksa Kira-Kira yang bukannya Pegawai-Pegawai Pertubuhan boleh dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula tetapi tidak boleh memegang jawatan tersebut selama tiga tahun berturut-turut. 

26.2.        Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun, dan membuat laporan dan pengesahan untuk Mesyuarat Agong. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Yang DiPertua memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. 

27.  13.       Pemegang Amanah

27.1.        Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih dari 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dan mereka akan menguruskan harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa. 

27.2.        Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Jawatankuasa. 

27.3.        Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawtannya oleh Jawatankuasa atas sebab-sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri bagi tempoh yang melebihi 90 hari berturut-turut atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan bagi seseorang Pemegang Amanah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatankuasa sehingga Pemegang Amanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung. 

27.4.        Pemegang Amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut undang-undang ini berhak merayu kepada Mesyuarat Agung berkuasa memberi keputusan yang muktamad.


28.  14.       Pembubaran 

28.1.                    Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga jumlah semua ahli. 

28.2.                    Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.



29.  15.       Pindaan Perlembagaan

29.1.        Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Perubahan-perubahan atau pindaaan-pindaan kepada perlembagaan mesti dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dan hanya boleh dijalankan berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.



30.  16.       Larangan 

30.1.                    Pertubuhan ini tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa-apa cara jua mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Undang-Undang Kesatuan Sekerja 1659. 

30.2.                    Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli. 

30.3.                    Pertubuhan ini adalah dilarang daripada mempunyai pergabungan di luar Malaysia. 

30.4.                    Pertubuhan ini ditegah daripada bergiat atau menyokong mana-mana parti politik.


















                                   




No comments:

Post a Comment