Thursday, 13 October 2011

Perutusan YDP BAKIT-KL

 Bismillahhirrahmannirrahim,

Assallamualaikumwarahmahtullahhiwabakatuh

Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya maka kita semua dapat beinteraksi di alam cyber yang merupakan wadah baru bagi BAKIT KL bagi ahli-ahli untuk lebih berinteraksi, berkongsi idea demi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti BAKIT KL.
Pada asasnya , aktiviti BAKIT  Kuala Lumpur adalah semakin berkembang dari segi skop penglibatan dan bidang.
Arah tuju BAKIT adalah jelas, iaitu pertamanya menjadi platform kepada anggota-anggota beragama Islam untuk menambah ilmu, melaksanakan aktiviti keagamaan, kebajikan dan amal jariah sebagai bekalan di alama akhirat kelak. Keduanya, adalah sebagai platform untuk membantu meningkatkan lagi IMEJ dan produktiviti syarikat, melalui program program kebajikan dan membantu syarikat melahirkan pekerja yang produktif, berakhlak mulia seperti amanah dan jujur.
Saya berharap agar aktiviti BAKIT akan  lebih meluas dan berkembang, bukan hanya tertumpu  kepada aktiviti aktiviti biasa seperti ceramah dan hari kebesaran, tetapi perlu merangkumi aktiviti  mengikut peredaran semasa, sesuai dengan zaman serba moden dan dunia tanpa sempada.
Alhamdulillah , seperti  yang terangkum dalam lapuran , aktiviti aktiviti BAKIT Kuala Lumpur terus berjalan mengikut perancangan  . Secara umum, Ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
1.       Aktiviti untuk ahli dalam bentuk sumbangan kebajikan,pelbagai ceramah pendidikan  dan kesedaran
2.       Aktiviti untuk anak anak ahli dalam bentuk  perkhemahan, klinik ibadah dan kesedaran
3.       Aktiviti melibatkan masyarakat luar dalam bentuk agihan zakat ,sumbangan kebajikan kepada  individu  individu terpilih ,ziarah hospital , lawatan dakwah ke penempatan orang asli  dan program  motivasi untuk warga pelajar di sekitar Bangsar.
Untuk masa hadapan, saya menyarankan juga agar diadakan program penambahbaikan dan pendedahan untuk  ahli jawatankuasa  dan ahli lain terhadap tadbir urus yang baik dalam pengoperasian institusi  keagamaan seperti BAKIT dan badan Islam yang seumpamanya. Lawatan ke badan luar seperti ke MAIS Singapura yang terkenal  mempunyai sistem pengurusan masjid yang baik adalah langkah yang boleh diusahakan .
Perjuangan kita bersama BAKIT Kuala Lumpur untuk meningkatkan syiar Islam perlulah diteruskan dan diperhebatkan lagi. Kempen untuk menambah keahlian dan memberi kesedaran kepada warga TM tentang perlunya menjadi ahli akan diteruskan lagi,seperti  yang disarankan oleh pihak BAKIT Pusat.
Semoga dengan kewujudan blog ini hubungan dan interaksi antara ahli-ahli BAKIT KL menjadi semakin baik dan segala permasalahan, cadangan, idea  serta teguran dan  komen amatlah dialu-alukan

Sekian, terimakasih.
           tt
HASSAN BIN UNIR
YDP BAKIT Kuala Lumpur sesi 2011/2031

No comments:

Post a Comment